Program : Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pembangunan Projek Model Ladang Buluh Di TTITC

 

19 Disember 2020 (Sabtu) – Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Model Ladang Buluh yang disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali. Pembangunan Projek Ladang Buluh meliputi pembangunan plot kajian dan penyelidikan tumbesaran buluh dan akan menjadi pusat rujukan kepada pihak yang berkepentingan serta berpotensi sebagai pusat eko-pelancongan. Usaha ini juga bagi memastikan industri buluh menjadi agrikomoditi yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan rakyat dan ekonomi negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *