Terengganu Timber Industri Training Centre (TTITC) adalah merupakan sebuah pusat latihan bertauliah (K-14038) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) milik kerajaan negeri sepenuhnya yang beroperasi di Kampung Teris, Kuala Berang, Terengganu. TTITC berperanan untuk melatih dan melahirkan tenaga mahir dan separa mahir dalam industri berasaskan perkayuan, rekabentuk serta seni bina bangunan. Sejak beroperasi pada 1997 yang lalu, TTITC secara berperingkat mengorak langkah dan kini menawarkan lapan kursus teras :


Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)


TTITC juga menyediakan kursus jangka pendek disamping menjalin hubungan strategik dengan agensi lain bagi memantapkan operasi harian seiring dengan perkembangan sektor latihan kemahiran serta pasaran tenaga kerja masa kini. Pinjaman pelajaran dan tajaan akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak TTITC dan boleh dibuat melalui :

1. Yayasan Terengganu

2. Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

Ringkasan Eksekutif

Terengganu Timber Industry Training Centre(TTITC) ditubuhkan atas kesedaran pengusaha-pengusaha dalam bidang perkayuan unutk memenuhi keperluan industri untuk melahirkan sebuah institusi penyedia latihan. TTITC telah diperbadankan pada tahun 1997 di bawah Akta Syarikat, 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan.Pada tahun 2004 TTITC telah dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.


Pada tahun 2009, TTITC telah menubuhkan anak syarikatnya, TTITC Production Sdn.Bhd, yang mana menjalankan perniagaan di dalam bidang perkayuan dan berupaya mencatatkan keuntungan pada setiap tahun. Sehingga tahun 2015, TTITC telah menyedikan 8 kursus utama peringkat Sijil dan Diploma dan telah melahirkan seramai 7410 orang pelatih kemahiran berasaskan industri perkayuan dan industri berkaitan.