2022-01-17
Majlis Penyerahan Mesin Kepada Usahawan Bumiputra Mikro Negeri Terengganu Anjuran Majlis Kayu-Kayan Malaysia(MTC)
Next Post: Kunjungan Hormat ke Malaysian Timber Council
14 Januari 2022 – Majlis penyerahan mesin kepada usahaan bumiputra mikro negeri Terengganu anjuran Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) telah disempurnakan oleh Pengerusi MTC, Puan Hajah Norrida Yusoff. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi TTITC, Tuan Haji Muhyidin Abd Rashid. Program ini bertujuan untuk membantu pengusaha kecil bumiputra dalam meningkatkan keupayaan serta kapasiti pengeluaran dan pemasaran produk berasaskan kayu. Sesi penyerahan mesin pada majlis ini melibatkan seramai 21 orang usahawan bumiputra mikro di Negeri Terengganu. Melalui program ini juga, MTC berharap dapat melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputra sekaligus mempersiapkan mereka untuk bukan sahaja pasaran domestik tetapi juga bagi pasaran eksport.